Kayak adalah bot yang didayung oleh manusia yang berasal dari kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland yang biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Pada mulanya, perkataan “kayak” bermaksud “bot manusia atau lelaki”. Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu yang diselaputi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak juga digunakan untuk memburu di lautan lepas Lautan Artik. Pada zaman moden, kayak telah dimajukan dengan lebih baik iaitu menjadikan kayak kepada beberapa jenis seperti berkayak di air putih (whitewater kayaking), surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe slalom, polo kanoe dan riadah.
Oleh hal yang demikian, kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon dan kanvas. Aktiviti berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi di negara kita. Pada masa itu, masyarakat Melayu telah menetap di tepi sungai yang menggunakan kanu sebagai kenderaan pengangkutan air. Seterusnya, aktiviti kayak ini mula berkembang apabila persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan telah menjelajah seluruh pantai barat semenanjung Malaysia dan secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kayak.
No comments:
Post a Comment