Wednesday, January 6, 2021

Disediakan oleh :

• MUHAMMAD YUSRI BIN ZAKARIA (118203213).

• MUHAMMAD HAZIQ LUQMAN BIN MOHD TAUFIK (I19103692)


• MUHAMAD SYAFIQ BIN ZAKI (119103535) 


• MUHAMMAD IKHWAN FIRDAUS BIN KHAIRUDIN (119103679) 


• NUR UMAIRA INSYIRAH BINTI RAMLAN (119103545) 


• NURIN ATHIRAH BINTI IDROS SEIDI (119103800) 


• NUR ADRINA FITRIYAH BINTI ARDANAN (119204038)

 

Pengenalan

     Kayak adalah bot yang didayung oleh manusia yang berasal dari kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland yang biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Pada mulanya, perkataan “kayak” bermaksud “bot manusia atau lelaki”. Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu yang diselaputi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak juga digunakan untuk memburu di lautan lepas Lautan Artik. Pada zaman moden, kayak telah dimajukan dengan lebih baik iaitu menjadikan kayak kepada beberapa jenis seperti berkayak di air putih (whitewater kayaking), surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe slalom, polo kanoe dan riadah.

     Oleh hal yang demikian, kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon dan kanvas. Aktiviti berkayak ini mula wujud sejak tahun 50an lagi di negara kita. Pada masa itu, masyarakat Melayu telah menetap di tepi sungai yang menggunakan kanu sebagai kenderaan pengangkutan air. Seterusnya, aktiviti kayak ini mula berkembang apabila persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan telah menjelajah seluruh pantai barat semenanjung Malaysia dan secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kayak.

 

Teknik & Asas Berkayak


TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK

Kayak ialah penggunaan kayak untuk bergerak merentasi air. Seperti sedia maklum, perbezaan kayak dengan berkanu ialah kedudukan tempat duduk pendayung dan bilangan bilah dayung. Berkayak ditakrifkan adalah bot dimana pendayungnya mendayung menghadap kehadapan, menjulur kaki mereka kehadapan, dan menggunakan dayung berbilah dua. Hampir semua kayak ditutup dengan dek. Terdapat banyak ‘sit-on-top kayak’, dan ia semakin meningkat popularitinya pada masa sekarang.


TEKNIK MENGANGKAT KAYAK


Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan, kelekan di pinggang, berpasangan, pikulan di bahu berpasangan.


1. Pikulan di bahu berseorangan


Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.


2. Kelekang di pinggang berpasangan


Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.


3. Pikulan di bahu berpasangan.


Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.


4. Angkat menggunakan tangan.


Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat


TEKNIK MASUK KE DALAM KAYAK 


1. Kawasan pantai

🌱 Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir.Masuk ke dalam kayak.

🌱 Lutut menyangga knee brace dan hujung kaki menekan footrest bagi meningkatkan daya imbangan kayak.

🌱 Lancarkan kayak ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir hingga keseluruhan kayak berada di air.


2. Kawasan air cetek/separas lutut

🌱 Letakkan kayak di atas air.

🌱 Tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di sisi kayak.

🌱 Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki yang paling hampir dengan kayak ke dalam cockpit.

🌱 Luruskan kaki dan pada masa yang sama sebelah lagi tangan memegang cockpit.

🌱 Letakkan punggung pada tempat duduk, pastikan imbangan yang stabil kemudia angkat sedikit punggung dan masukkan ke dalam kayak dengan segera.

🌱 Angkat semula punggung dan masukkan sebelah lagi kaki ke dalam cockpit.


3. Kawasan air dalam

🌱 Letakkan pendayung ke dalam cockpit.

🌱 Pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan dan lonjakkan bahagian abdominal badan ke bahagian stern.

🌱 Kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di atas bahagian aftdeck.

🌱 Capai cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan ke arahnya.

🌱 Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan dan masukkan segera punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak.

🌱 Kekalkan keseimbangan dan bawa kedua-dua kaki masuk ke dalam cockpit.


4. Masuk kayak berpasangan

🌱 Sternman memegang kayak dan mengimbanginya.

🌱 Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang.

🌱Bowman masuk dulu dan bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas mengimbangi kayak pula.

🌱 Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.


TEKNIK DUDUK DI DALAM KAYAK 


1. Tempat duduk

 Punggung seharusnya berada di atas bahagian tengah tenpat duduk.

 Pastikan tempat duduk sesuai dengan saiz punggung bagi mengelakkan ketidakseimbangan kayak.


2. Lutut

 Duduk dengan menyangga lutut pada knee brace.

Mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan mudah dari kayak sekiranya terbalik.


3. Hujung kaki

 Bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada footrest.

 Mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa mendayung dan mengelakkan badan menggelungsur ke hadapan apabila kayak terhentak dengan kuat.


MEMASANG PENUTUP COCKPIT (SPRAYCOVER)


Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.


TEKNIK KELUAR DARI KAYAK


Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing, jeti ataupun pantai dan pastikan bahagian stern menghadap ke darat kemudian pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda. Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah dasar pasir seterusnya angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki anda keluar dan berdiri tegak dengan pastikan kayak stabil semasa keluar di jeti, gunakan pendayung untuk mengimbangi kayak.


 TEKNIK MENGELUARKAN AIR DARI KAYAK 


1) Berpasangan


 Biarkan kayak terbalik. Pegang bow dan stern bersama-sama.

 Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak jangan terus angkat kerana terlalu berat.

 Sendengkan kayak ke kiri dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi

 Sedikit dan akan meringankan beban.

 Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakan jongkang-jongkit.Lakukan berulang

 Kali sehingga semua air keluar.


2. Menggunakan tebing (berseorangan)


 Letakkan hujung bow kayak di atas tebing, anda berada di dalam air. Terbalikkan kayak.

 Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik jongkang-jongket


3. Menggunakan permukaan laut (berseorangan)


 Letakkan kayak dalam posisi normal di atas permukaan air.

 Tekan bahagian stern sehingga semua air berkumpul di bahagiannya.

 Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.


4) Menggunakan pinggang


 Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo.

 Buat pergerakan yang sama seperti mangangkat kayak solo ke bahu.

 Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda.

 Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan.Lakukan teknik jongkang-jongket sehingga semua air keluar.


5. Sideways berpasangan


 Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam kayak.

 Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi dan biarkan air keluar dari

kayak.

 Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongket bagi mengeluarkan semua air.


6.0 TEKNIK ASAS DAYUNGAN


Aplikasi teknik dayungan ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu:


6.1 MENENTUKAN SAIZ PENDAYUNG PADDLE) YANG SESUAI


Untuk mencari paddle panjang yang betul, anda perlu mempertimbangkan ketinggian anda serta lebar kayak anda. Secara logiknya, mereka yang mempunyai kapal yang lebih luas atau bingkai yang lebih tinggi akan memerlukan dayung yang lebih panjang.


Saiz pendayung yang sesuai

Mestilah sesuai dengan ketinggian .

Berdiri tegak,letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.

 Tegakkan tangan ke udara. Hujung jari mestilah dapat menggengam mata dayung yang berada di atas.

 

TEKNIK ASAS DAYUNGAN



1. DAYUNGAN KE HADAPAN (FORWARD STROKE)


Firming

Peringkat permulaan dayungan dibuat, badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata memandang tepat ke arah sasaran. Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan. Jangkaukan tangan kanan ke hadapan dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh. Tangan kiri dibengkokkan separas bahu dan pergelangan tangan kiri seeloknya berada di paras bahu.


2. CATCH


Peringkat mata dayung dimasukkan ke dalam air. Jangkau seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.


3. PULL/DRAW/POWER


Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkan daya pergerakan. Kemudian gerakkan torso kanan ke belakang dan tangan kanan tarik mata dayung ke belakang. Tarik pendayung sampai ke sisi pinggang. Tangan kiri memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung yang berada di dalam air.


4. EXIT


Peringkat di mana mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat dayungan di sisi yang bersebelahan. Mata dayung dikeluarkan dari dalam air dan pergelangan tangan haruslah memutar batang pendayung keatas agar mata dayung menghadap permukaan air.

Cengkaman tangan kiri pula dilonggarkan supaya bahagian batang pendayung boleh dipusingkan. Apabila mata dayung kiri telah dipusingkan sebanyak 90 darjah menghadap permukaan air, kemaskan semula pegangan tangan kiri. Seterusnya masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik dan menolak mata dayung bagi menghasilkan dayungan ke hadapan dengan lancar.

 

5. DAYUNGAN MENGUNDUR (BACKWARD STROKE)


Teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan ke hadapan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk, arah dayungan dan kedudukan badan.


6. BERHENTI


Teknik yang betul untuk memberhentikan kayak yang sedang bergerak ke hadapan ialah dengan memasukkan sebahagian sahaja mata dayung ke dalam air di sisi kiri dan kanan kayak dan dilakukan dengan mengundur yang pantas. Bagi menghentikan kayak yang sedang mengundur ke belakang dengan laju, dayungan ke hadapan yang pantas perlu dilakukan.


7. DAYUNGAN SAPUAN HADAPAN (FORWARD SWEEP STROKE)


Tindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak. Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke depan tanpa membengkokkan badan ke hadapan. Dayung mestilah diletakkan dalam keadaan yang rendah dan rata. Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh ke depan. Tarik dayung ke belakang dan dilakukan dalam bentuk separuh bulatan dengan mengekalkan tangan kiri di dalam posisi yang lurus. 


8. DAYUNG KE KIRI ATAU KE KANAN TANPA BERPUSING (DRAW STROKE)


Untuk merapatkan kayak ke sesuatu objek secara mengiring. Untuk merapatkan kayak selari dengan objek seperti untuk tujuan berkumpul (raft-up), maka dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan. Katakan anda ingin merapatkan kayak ke kiri maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diperhatikan:


i.    Peganglah dayung sebagaimana biasa.

ii. Tegakkan dayung di sebelah kiri kayak dengan papan dayung berada di atas air. Keseluruhan dayung mestilah bersudut tepat dengan permukaan air. Kedudukan tangankanan ialah di atas dalam posisi lurus dan tangan kiri di bawah pada batang dayung.

iii. Benamkan papan dayung ke dalam air seberapa tegak yang boleh dan tarik tangan kirihingga ke paras bahu.

iv. Pusingkan badan ke kanan dengan bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke belakang.

v.   Tolakkan tangan kiri kearah yang dikehendaki.

vi. Anda akan merasakan bahawa kini papan dayung sedang berada di bawah kayak. Posisi ini mendedahkan anda dengan bahaya terbalik. Pusingkan papan dayung kira-kira 90 dan bawalah papan dayung keluar semula ke tempat permulaan tadi. Ulangi proses ini sehingga anda sampai ke tempat yang dikehendaki. Untuk merapatkan kesebelah kanan, maka lakukanlah tindakan yang serupa di sebelah kanan kayak.




Teknik Asas Orienteering

Teknik Melaras Peta

Langkah pertama yang harus kita ketahui adalah melaras utara peta. Melaras peta ke utara bertujuan untuk kita betulkan kedudukan peta berkenaan supaya ia sama dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini lebih mudah untuk kita tentukan arah pergerakan.


Terdapat dua cara untuk kita melaras utara peta:


• Pertama, berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling

• Kedua, dengan menggunakan kompas


Teknik Susur Tangan


• Merupakan satu teknik asas yang mudah dalam memilih laluan dengan menggunakan ciri-ciri garisan yang senang atau mudah kita kenal seperti jalan, lorong pejalan kaki, sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil sebagai susur tangan (handrails).


• Sebelum bergerak, cuba kita lihat apakah ciri yang boleh kita gunakan untuk susur tangan yang akan membawa kita sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri berkenaan.


Teknik Titik Sasaran


• Titik sasaran merupakan satu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang berhampiran dengannya, sebelum kita tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung atau penjuru pagar dan sebagainya.


• Pilih tititk sasaran yang paling dekat atau hampir kepada destinasi kita. Perlahankan pergerakan apabila hampir ke titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya akan digunakan bersama dengan teknik susur tangan.


Relokasi


Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa kurang pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat.


• Jangan panik jika merasakan diri sudah tersesat. Sebaiknya berehat terlebih dahulu.


• Jangan bergerak ke mana-mana lagi atau merayau-rayau.


• Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba buat perbandingan dari segi ciri muka bumi yang boleh dilihat.


• Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat kembali ciri yang terakhir yang telah dilalui dan semak di dalam peta.


• Setelah beberapa minit berehat dan kita masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan kita dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.


• Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang kita terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.

Disediakan oleh :

• MUHAMMAD YUSRI BIN ZAKARIA (118203213). • MUHAMMAD HAZIQ LUQMAN BIN MOHD TAUFIK (I19103692) • MUHAMAD SYAFIQ BIN ZAKI (119103535)  • MUHAM...